Bomba Bintangor bantu lelaki potong cincin tersekat di jari

Facebook
WhatsApp
PERALATAN KHAS….Anggota bomba memotong cincin menggunakan peralatan khas. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor membantu memotong cincin yang tersekat pada jari tengah seorang lelaki, dalam kejadian yang dilaporkan pada pagi semalam.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata mangsa hadir ke balai bomba sekitar 11.42 pagi untuk mendapatkan bantuan selepas jarinya bengkak akibat cincin yang tidak dapat dikeluarkan.

BERJAYA DIPOTONG…..Cincin tersekat pada jari tengah seorang lelaki berjaya dipotong. Foto BBP Bintangor 

“Cincin di jari mangsa tidak dapat dikeluarkan dan mengakibatkan jarinya bengkak.

“Anggota bomba membantu mangsa memotong cincin tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Operasi pemotongan cincin dilakukan dengan berhati-hati menggunakan alat khas dan berjaya diselesaikan tanpa sebarang kecederaan lanjut kepada mangsa.

Oleh Earl Anek