Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba bertindak pantas selamatkan penghuni rumah ditenggelami air 10 kaki
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba bertindak pantas selamatkan penghuni rumah ditenggelami air 10 kaki

Utusan Sarawak 2 months ago

PASUKAN BOMBA….Menjalankan operasi pemindahan seorang mangsa dari Rumah Ambrose Ramping, selepas kediamannya dinaiki air hampir 10 kaki dari ruang beranda rumahnya.

SELANGAU: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang penghuni rumah selepas kediamannya dinaiki air hampir 10 kaki dari ruang beranda rumahnya di Rumah Ambrose Ramping, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.00 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi pemindahan mangsa.

“Setibanya di lokasi, didapati paras air semakin meningkat hampir 10 kaki dari ruangan beranda di rumah panjang tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kenyataan itu memberitahu, operasi pemindahan melibatkan dua anggota bomba menggunakan sebuah bot penyelamat dan mangsa dihantar ke Pusat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Selangau.

“Operasi tamat pada 9.20 pagi,” kata kenyatan itu.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir: Perkhidmatan bas Kapit dihentikan sementara waktu
Next: Kerajaan Persekutuan digesa luluskan projek bina stesen pam tebatan banjir fasa kelima di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.