Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bom meletup, 46 maut
  • GLOBAL

Bom meletup, 46 maut

Utusan Sarawak 5 years ago
PENDUDUK Syria melalui bangunan yang musnah teruk akibat perang di negara itu. – Foto AFP

Damascus: Sebuah trak berisi bom meletup dan menyebabkan 46 orang maut termasuk enam pemberontak pro-Turki, pada Selasa.

Kejadian di sebuah pasar di Afrin, bandar di utara Syria yang dikuasai kumpulan bersenjata yang disokong Turki, kata pemerhati perang.

Sehingga kini, dalang kejadian masih belum diketahui.

Ketua Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain, Rami Abdul Rahman berkata, serangan itu membunuh orang awam dan mencederakan 50 yang lain.

“Jumlah kematian dijangka meningkat memandangkan mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Tentera Turki merampas kawasan itu dari anggota keselamatan Kurdish pada Mac 2018 selepas melancarkan serangan udara dan darat selama dua bulan.

Susulan insiden itu, Kementerian Pertahanan Turki dalam ciapan di Twitter menyifatkan insiden itu serangan pengganas kerana ia menyasarkan orang awam.

Konflik di Syria sejak 2011 sudah meragut lebih 38,000 nyawa dan memaksa separuh daripada penduduknya berpindah. – AFP

Continue Reading

Previous: Bahang ‘serangan’ Covid-19
Next: Pegawai AS sahkan enam gejala baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.