
(FILES) In this file photo taken on May 15, 2019 Jamaican Olympic sprinter Usain Bolt poses during a photo session as he launches a new brand of electric scooters named "Bolt" in Paris. - Sprint legend Usain Bolt said August 24, 2020 he is self-quarantining after undergoing a COVID-19 test amid reports he was positive for the deadly coronavirus. In a video posted on Twitter, the Jamaican said he had experienced no symptoms, but he urged friends he had been in contact with to take precautions. (Photo by Martin BUREAU / AFP)

Ejen raja pecut Jamaica, Usain Bolt (gambar) mengesahkan pada Selasa bahawa pemenang pingat emas Olimpik sebanyak lapan kali itu disahkan positif covid-19.
“Ujian Covid-19 positif, tetapi Usain tidak menunjukkan sebarang gejala,” kata Ricky Simms kepada saluran berita Amerika CNN menerusi e-mel.
Kenyataan Simms mengesahkan laporan sebelumnya oleh media Jamaica mengenai pelari pecut yang itu bersara itu positif hanya beberapa hari selepas dia menyambut ulang tahunnya yang ke-34 dengan pesta mewah ditengah penularan Pendemik tersebut.
Pada Isnin, Bolt mengumumkan di Instagram bahawa dia menjalani kuaranti sendiri, sementara menunggu keputusan ujian yang dia lakukan pada Sabtu.
Bagaimanapun, Bolt tidak mengesahkan keputusan ujiannya, namum dia menggesa sesiapa yang mempunyai kontak dekat atau ada bersentuhan dengannya untuk menjalani kuarantin.
“Saya melakukan ujian pada hari Sabtu sebelum meninggalkan (Jamaica) kerana saya mempunyai urusan,” kata Bolt dalam sebuah video yang disiarkan di Twitter. “Saya berusaha untuk bertanggungjawab jadi saya akan terus berada dalam proses kuarantin.
“Juga, saya tidak mengalami sebarang gejala, saya akan kuanantikan diri saya sendiri dan menunggu pengesahan untuk mengetahui apakah prosedurnya dan melihat bagaimana saya boleh melakukan proses itu sendiri daripada Kementerian Kesihatan.
“Sehingga itu, saya akan menghubungi rakan-rakan saya dan memberitahu mereka apabila mereka bersentuhan dengan saya agar bertenang,menjalani kuanranti dan sentiasa selamat” kata Bolt.
Perdana Menteri Jamaica Andrew Holness pada Isnin mengatakan bahawa polis sedang menyiasat keadaan sekitar pesta ulang tahun Bolt.
“Terdapat laporan mengenai aktiviti yang berkaitan dengan Usain Bolt,” kata Holness pada sidang media maya.
“Semua perkara ini sedang disiasat secara menyeluruh dan polis akan memberikan laporan mengenai hal-hal ini dalam waktu terdekat.”
Bolt kali terakhir bertanding di peringkat antarabangsa pada Kejohanan Dunia 2017 di London. Dia dan pasangannya Kasi Bennet menyambut kelahiran anak perempuan mereka pada Mei lepas. -AFP