Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bolsonaro negatif Covid-19
  • GLOBAL

Bolsonaro negatif Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
SELEPAS disahkan bebas jangkitan Covid-19, Jair Bolsonaro terus berjumpa dengan orang awam.• Foto AFP

BRASILIA: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro bebas daripada jangkitan Covid-19 apabila keputusan ujian saringan keempat yang dilakukan ke atasnya adalah negatif.

Kenyataan itu dibuat dalam akaun Facebook miliknya selepas beliau menjalani proses kuarantin di rumah, selepas disahkan positif dalam tiga ujian saringan sebelum ini.

Dalam status sama, Bolsonaro turut bergambar bersama ubat anti-malaria jenis Hydroxychloroquine yang kebiasaannya digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

Sebaik sahaja disahkan negatif, Bolsonaro tidak menunggu lama untuk menjalani rutin hariannya.

Beliau dilihat keluar menunggang motosikal dan berjumpa dengan orang awam.

Bolsanaro sebelum ini dikritik hebat kerana enggan memakai pelitup muka dan mengamalkan jarak sosial ketika berada di tempat awam.

Brazil pula merekodkan lebih 85,000 kematian dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2.3 juta kes.

Sebanyak 463.218 kes direkodkan di Sao Paulo dengan angka kematian sebanyak 21,206.-AFP

Continue Reading

Previous: Kumpulan pertama jemaah haji tiba di Jeddah
Next: Turki, Greece bertelagah status Hagia Sophia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.