Boleh suntik dulu, daftar kemudian dalam MySejahtera

Facebook
WhatsApp
PENGHARGAAN … Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima cenderamata daripada pihak Press Metal Sdn Bhd sebagai tanda kenangan semasa lawatan beliau ke PPV Industri di Taman Perindustrian Samalaju, di Bintulu semalam.

BINTULU: Penduduk boleh mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan selepas itu baru mendaftar. 

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan itu digunakan kerana terdapat sedikit masalah dengan aplikasi MySejahtera. 

“Umumnya, komuniti tempatan juga boleh mendapatkan vaksin di mana mereka disuntik dahulu sebelum mendaftar kerana kita mempunyai mempunyai masalah dengan MySejahtera. 

“Maklumat dalam MySejahtera kadang-kadang tidak dikemaskini, jadi apa yang berlaku adalah kita perlu menggunakan pendekatan ini untuk kawasan Sebauh dan Tatau bahkan di Bintulu juga seperti Sungai Plan dan Taman Bandaria. 

“Kalau nama mereka tiada, kita berikan saja suntikan dan lepas itu baru mendaftar,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke PPV Industri di Press Metal Sdn Bhd, Taman Perindustrian Samalaju semalam. 

Dalam pada itu, Abang Johari memberitahu, jumlah sukarelawan akan ditambah bagi menampung keperluan tenaga kerja susulan penambahan pusat vaksinasi . 

“Tenaga kerja nampaknya mencukupi tapi mungkin kita hendak tambah sedikit sebab pusat vaksinasi bertambah. 

“Dengan satu lagi pusat vaksinasi di Kidurong, kita akan membincangkan lebih lanjut berkenaan tenaga kerja membabitkan jururawat dan sukarelawan di mana ia akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu,” ujarnya.

IPU Serian 518, tahap sangat berbahaya

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian kekal pada paras 518 dan dikategorikan sebagai sangat berbahaya setakat 10.00

IPU Serian 518, tahap sangat berbahaya

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian kekal pada paras 518 dan dikategorikan sebagai sangat berbahaya setakat 10.00

Pemilihan Kata yang Menjadi dalam Sajak

APABILA memperkatakan sajak, fokus utamanya tentu sahaja tentang pemilihan kata. Walaupun tema menjadi asas pemikiran sesebuah sajak dilahirkan, pemilihan kata