Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Boeing hentikan ujian penerbangan 777X selepas kesan kerosakan struktur
  • GLOBAL

Boeing hentikan ujian penerbangan 777X selepas kesan kerosakan struktur

Utusan Sarawak 9 months ago

WASHINGTON: Pengeluar pesawat Amerika Syarikat, Boeing semalam mengumumkan bahawa pihaknya menghentikan ujian penerbangan model 777X selepas kerosakan ditemui pada komponen struktur antara enjin dan struktur pesawat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Semasa penyelenggaraan berjadual, kami mengenal pasti komponen yang tidak berfungsi seperti yang direka. Pasukan kami sedang menggantikan bahagian itu… sebelum menyambung semula ujian penerbangan apabila bersedia,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan melalui e-mel.

Menurut laporan, pesawat itu telah menyelesaikan penerbangan selama lebih lima jam dari Hawaii sebelum masalah itu ditemui.

Perkhidmatan berita penerbangan dalam talian, The Air Current memetik sumber yang memaklumkan bahawa keretakan turut ditemui dalam struktur yang sama pada pesawat ujian lain bagi model 777-9.

Boeing tidak memberikan butiran lanjut tetapi menekankan bahawa tiada penerbangan dengan pesawat ujian lain dirancang dalam masa terdekat.

Boeing menyatakan bahawa bahagian yang rosak itu hanya digunakan dalam model 777-9 dan mereka sentiasa memaklumkan kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengenai perkembangan ini.

Boeing pada asalnya memperkenalkan model 777X sebagai pengganti kepada 777 yang digunakan secara meluas pada 2013 dengan tarikh perkhidmatan awal ditetapkan pada 2020.

Namun, disebabkan kelewatan dalam pembangunan dan pensijilan, serta kesukaran serentak dengan jenis pesawat lain, Boeing menangguhkan penghantaran pertama 777X selama beberapa tahun sehingga 2025.

Kelewatan ini menyebabkan Boeing mengalami kerugian berbilion dolar. – Bernama – dpa

Continue Reading

Previous: Jutawan British antara enam hilang insiden kapal layar mewah di Itali
Next: Kapal karam: Pengerusi Morgan Stanley International Jonathan Bloomer antara yang hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.