Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bishop Emeritus Dominic Su Haw Chiu meninggal dunia usia 87 tahun
  • Tengah
  • WILAYAH

Bishop Emeritus Dominic Su Haw Chiu meninggal dunia usia 87 tahun

Utusan Sarawak 4 hours ago
USKUP pertama Diocese Roman Katolik Sibu, Bishop Emeritus Dominic Su Haw Chiu meninggal dunia 9.52 pagi tadi, pada usia 87 tahun. Foto Diocese Of Sibu

SIBU: Uskup pertama Diocese Roman Katolik Sibu, Bishop Emeritus Dominic Su Haw Chiu, meninggal dunia 9.52 pagi tadi, pada usia 87 tahun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Diocese Roman Katolik Sibu memaklumkan mendiang dilahirkan pada 26 Mei 1939 dan ditahbiskan sebagai paderi pada 4 Disember 1969.

Menurut kenyataan itu, beliau dilantik sebagai Uskup pertama Sibu pada 22 Disember 1986 sebelum ditahbiskan sebagai uskup pada 6 Januari 1987 oleh Saint Pope John Paul II dan secara rasmi memulakan pelayanan pada 11 Februari 1987.

“Beliau memimpin Diocese itu dengan penuh dedikasi sehingga persaraannya pada 24 Disember 2011 sebelum digantikan oleh Bishop Joseph Hii Teck Kwong,” kata kenyataan tersebut.

Diocese berkenaan menyifatkan mendiang Dominic Su sebagai seorang pemimpin agama yang berdedikasi dan rendah hati, selain jasa serta pelayanannya terus menjadi berkat kepada gereja di Sibu dan kawasan sekitarnya.

Sementara itu, penganut dan orang awam mula memberi penghormatan terakhir di Bilik Persidangan Sacred Heart Cathedral bermula 2.00 petang hari ini.

Misa pengebumian akan diadakan pada 2.00 petang esok di Sacred Heart Cathedral di sini.

Diocese itu turut menggesa para paderi, ahli agama dan penganut agar terus mendoakan kesejahteraan roh mendiang.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: PDP perlu aktif sepanjang masa, bukan tunggu musim pilihan raya
Next: Operasi Khas Bersepadu IPD Lubok Antu periksa 26 kenderaan, empat saman dikeluarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.