Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Billy Sujang lawat tiga tapak projek jalan pertanian di Lundu
  • Selatan
  • WILAYAH

Billy Sujang lawat tiga tapak projek jalan pertanian di Lundu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
BILLY Sujang meluangkan masa melawat tiga lagi tapak projek jalan pertanian di kawasannya semalam. Foto UKAS

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang meluangkan masa melawat tiga lagi tapak projek jalan pertanian di kawasannya semalam sebagai usaha berterusan memperkasa infrastruktur luar bandar demi manfaat komuniti setempat.

Tiga projek yang dilawati ialah Projek Jalan Pertanian Kampung Semapu sepanjang 2 kilometer dengan anggaran kos RM600,000; Projek Jalan Pertanian Kampung Judin sepanjang 1.8 kilometer (RM600,000), serta Projek Jalan Pertanian Kampung Keranji sepanjang 2.5 kilometer yang turut merangkumi pembinaan sebuah jambatan dengan nilai keseluruhan RM1 juta.

Kesemua projek ini dibiayai melalui dana peruntukan dari Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) sebagai inisiatif untuk merangsang pembangunan kawasan luar bandar khususnya dalam sektor pertanian.

Menurut Billy, projek ini akan memberi manfaat besar kepada penduduk kampung terlibat, terutama dalam memudahkan mereka meneroka tanah bagi tujuan berkebun serta membuka kawasan baharu untuk penempatan.

“Jalan pertanian ini bukan sahaja memudahkan akses ke kebun, tetapi juga membuka peluang ekonomi dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar,” katanya semasa sesi lawatan tersebut. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wadah penting perkukuh pembangunan rohani
Next: PBPM Limbang perkukuh kerjasama dua hala dengan Persatuan Polis Brunei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.