Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bilik sewa atas kedai 7-Eleven terbakar di Semariang
  • KEBAKARAN

Bilik sewa atas kedai 7-Eleven terbakar di Semariang

Utusan Sarawak 18 hours ago
KEADAAN di dalam bilik sewa yang terbakar di tingkat atas kedai 7-Eleven, Bandar Baru Samariang malam tadi. Foto Bomba

PETRA JAYA: Sebuah bilik sewa di tingkat atas sebuah kedai 7-Eleven di Bandar Baru Semariang terbakar sekitar 30 peratus dalam kejadian yang berlaku malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya menerima panggilan kecemasan pada 8.51 malam.

Pasukan diketuai PBK I Pandi Seh bergegas ke lokasi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah bilik berkeluasan 10×10 kaki persegi yang disewa di tingkat atas premis tersebut.

“Kebakaran memusnahkan sekitar 30 peratus bilik berkenaan, termasuk perabot dan barangan peribadi penyewa.

“Tiada mangsa terlibat,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Tambahnya, kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan air paip sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

Tiada operasi pemadaman dijalankan dan selepas memastikan keadaan selamat serta tiada lagi punca api, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

Oleh Amanda L

Continue Reading

Previous: Kebakaran musnahkan rumah di Jalan Sawmill Sebuyau
Next: Kereta mewah musnah terbakar di Jalan Jee Foh 10

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.