
KUCHING: Sebuah bilik di rumah beralamat Lorong 6A Taman Beverly, Batu 13 Jalan Kuching-Serian terbakar pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak menyatakan pihaknya menerima panggilan kejadian pada 11.47 pagi.
Komander Operasi, Valentine Samy berkata kebakaran melibatkan sebuah bilik yang terbakar kira-kira 20 peratus dan turut memusnahkan perkakas tilam dan perabot.
“Tujuh penghuni rumah terbabit dalam keadaan selamat.
“Operasi pemadaman tamat jam 12.41 tengah hari,” katanya.
Oleh NUR AIN OTSMAN