Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bersedia galas tanggungjawab
  • TEMPATAN

Bersedia galas tanggungjawab

Utusan Sarawak 2 months ago
DATO Ibrahim Baki merakam kenangan bersama Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki yang kini menggalas jawatan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) bersedia menggalas tanggungjawab yang diberikan.

Beliau juga beriltizam untuk menyumbang bagi mencapai misi bersama iaitu kemajuan mampan Sarawak terutamanya menghadapi cabaran bersama rakan-rakan sejawat yang lain.

“Saya ingin menyumbang bersama rakan-rakan lain, termasuk penjawat awam dan rakyat Sarawak, agar kita dapat mencapai visi bersama untuk kemajuan berterusan dan kemajuan mampan Sarawak,” katanya ketika ditemui media selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Timbalan Menteri Sarawak di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Mengulas bidang kuasa yang akan dipegang beliau, Ibrahim masih memerlukan gambaran sebenar bagi jawatan yang akan digalasnya.

Ini bagi mengelakkan pertindihan bidang kuasa bersama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi yang memegang tanggungjawab ke atas Sarawak Energy Berhad (SEB) dan  Petroleum Sarawak Bhd  (Petros).

“Gambaran kasar yang dapat dilihat yang mana Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyebut tentang tugas membantu menyelaras sektor minyak dan gas, khususnya Petros, berdasarkan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak.

“Begitu juga dengan kepentingan tenaga boleh diperbaharui yang mana kita mahu melonjakkan Sarawak ke tahap lebih tinggi, contohnya memimpin Borneo Grid, supaya Sarawak menjadi pemain utama dalam sektor tenaga,” katanya.

Namun ujarnya, beliau menganggap ini sebagai penghormatan yang menjadi satu amanah besar yang mana kerjasama dan kolaborasi antara Kabinet menteri demi mencapai misi bersama Sarawak. -EDISI UKAS

Continue Reading

Previous: Penyusunan semula Kabinet Sarawak
Next: Amaran hujan berterusan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.