Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • BERNAMA TV terima ‘The Knights Award’ 2023
  • NASIONAL

BERNAMA TV terima ‘The Knights Award’ 2023

Utusan Sarawak 1 year ago
KETUA Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Nur-ul Afida Kamaludin (berdiri, tengah) bersama pegawai tertinggi Bernama bergambar dengan anugerah kategori ‘The Rapid News Distribution of All Time (Malaysia)’ dalam Anugerah The Knights 2023 Musim 2 mereka terima, malam tadi. BERNAMA TV, salah satu platform Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) menerima anugerah berprestij dalam kategori ‘The Rapid News Distribution of All Time (Malaysia)’ dalam Anugerah The Knights 2023 Musim Kedua.
Anugerah Knights yang menganugerahkan tiga kategori iaitu The Duke, The Earl dan The Baron, telah menyaksikan BERNAMA sebagai salah satu penerima yang dihormati dalam kategori The Duke, kerana peranan pentingnya dalam membentuk naratif Malaysia di persada global, menonjolkan dasar negara, pencapaian dan perkembangan. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: BERNAMA TV, saluran televisyen milik Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) menerima anugerah berprestij ‘The Rapid News Distribution of All Time (Malaysia)’ pada ‘The Knights Award’ 2023 Musim 2 di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, Ketua Pengarang BERNAMA Nur-ul Afida Kamaluddin menerima piala dan plak daripada Presiden Majlis Knights Award Dr Zyro Wong dan Putera Norodom Naravong dari Kemboja.

Knights Award mempunyai tiga kategori iaitu ‘The Duke’, ‘The Earl’ dan ‘The Baron’, menyaksikan BERNAMA TV sebagai satu daripada penerima kategori ‘The Duke’ untuk organisasi Korporat Terbaik, atas peranan pentingnya dalam membentuk naratif Malaysia pada peringkat global, yang mengetengahkan dasar, pencapaian dan pembangunan negara.

Nur-ul Afida berkata anugerah ini amat bermakna untuk BERNAMA, yang telah membuktikan kepentingan sumbangan agensi ini dalam industri media semasa.

“Kita berharap memasuki tahun 2024, BERNAMA TV akan menghasilkan lebih banyak program yang mampu memenuhi selera dan kehendak ramai khususnya dalam penyaluran berita bagi pihak kerajaan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua pasukan BERNAMA TV, kerana telah mengangkat nama BERNAMA ke tahap ini dan semoga warga kerja BERNAMA akan terus bekerja bersungguh-sungguh untuk capai kejayaan lebih besar pada tahun-tahun mendatang,” kata beliau ketika ditemui selepas majlis itu.

Antara penerima kategori ‘The Duke’ termasuklah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk Anugerah Ikon ‘Guardian of Public Health Covid-19 Response, Prof Wang Gugwu (Pencapaian Sepanjang Hayat ‘Sinologist’ (Anugerah Asia Tenggara) dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (Anugerah Suara Emas Timur).

Majlis itu meraikan 45 pemenang yang terdiri daripada individu dan korporat seluruh Asia daripada pelbagai bidang untuk pencapaian cemerlang dan sumbangan mereka sebagai peneraju sebenar dalam bidang masing-masing kepada masyarakat dan negara.

Dengan tema ‘Conquer with Honour’ untuk acara ini, The Knights Awards Musim 2 yang diasaskan oleh Uknighted Business Club yang menekankan kepada intipati intergriti, kecemerlangan dan amalan mulia.

Sementara itu Wong berkata majlis itu merupakan satu kerjasama strategik yang menyasarkan untuk memartabatkan Malaysia ke standard antarabangsa sebagai sebuah pusat kecemerlangan dan inovasi.

“Selepas ini (The Knights Award) akan diteruskan tahun hadapan dan kami akan cuba anjurkannya di Malaysia dan juga luar negara… sudah tentu kami berharap untuk menerima lebih banyak penyertaan, bukan sahaja dari seluruh Asia, tetapi juga dari negara-negara Eropah,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan jamin pencen pesara tidak berkurangan – PM
Next: Peguam terkenal Sulaiman Abdullah meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.