Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Berita baik untuk penyokong Liverpool
  • SUKAN

Berita baik untuk penyokong Liverpool

Utusan Sarawak 3 months ago

Haaland (kanan) menjadi tonggak utama Man City.

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata, Erling Haaland masih belum pasti dapat diturunkan untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool tengah malam Isnin ini selepas tidak beraksi ketika pasukannya disingkirkan Real Madrid di saingan Liga Juara-Juara.

Penyerang Norway itu disenaraikan di bangku simpanan dekat Santiago Bernabeu tetapi tidak diturunkan ketika City tewas 1-3, Khamis lalu, sekali gus tersingkir menerusi agregat 6-3.

Pembelian Omar Marmoush pada Januari sekurang-kurangnya memberi Guardiola pilihan lain sekiranya Haaland gagal pulih tepat pada masanya untuk menentang pendahulu liga, Liverpool.

Namun, Guardiola tidak dapat menyembunyikan betapa penting bintangnya yang sudah menjaringkan 27 gol musim ini.

“Lebih baik ada Erling di atas padang daripada tidak ada. Sudah tentu, dengan Erling, kami lebih kuat,” kata Guardiola.

Perseteruan antara City dan Liverpool ketika di bawah bimbingan Jurgen Klopp menyaksikan satu era gemilang dalam saingan EPL.

Namun, Arne Slot selaku pengganti Klopp setakat ini menggalas tugas dengan cemerlang dan kini membawa The Reds dalam landasan untuk menjuarai liga pada musim pertamanya sebagai pengurus.

“Bagi saya, mereka adalah pasukan yang luar biasa. Saya sudah katakan berkali-kali, mereka adalah pesaing terbesar sepanjang saya berada di sini.

“Arsenal juga hebat dalam beberapa tahun terakhir, tetapi saya tidak terkejut melihat Liverpool berada di kedudukan mereka sekarang,” kata Guardiola.

Selepas empat kejuaraan liga berturut-turut, harapan City untuk mempertahankan kejuaraan mereka secara realistik hampir musnah apabila ketinggalan 17 mata di belakang Liverpool.

Faktor kecederaan menjadi penyebab utama kemerosotan City.

John Stones dijangka terpaksa berehat selama beberapa bulan selepas mengalami kecederaan paha pada awal perlawanan menentang Madrid, manakala Rodri dan Manuel Akanji juga mungkin tidak dapat bermain lagi musim ini.

Guardiola menyalahkan jadual padat sebagai punca utama dan menegaskan bahawa Arsenal, Real Madrid dan Tottenham juga sedang bergelut dengan kecederaan otot yang serius musim ini. – AFP

Continue Reading

Previous: Liga Juara-Juara: Pertembungan menarik Liverpool, PSG pada pusingan 16 terakhir
Next: United bangkit ikat Everton

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.