Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Berita baik buat penduduk kampung
  • TEMPATAN

Berita baik buat penduduk kampung

Utusan Sarawak 4 years ago
DALAM PEMBIKINAN… Dato’ Sri Fatimah Abdullah dan yang lain merakam gambar kenangan di atas jalan raya tersebut di Dalat semalam.

DALAT: Semua penempatan kampung di Daerah Dalat dijangka akan dihubungi jalan raya pada penghujung tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, ia berikutan siapnya  Jalan Kampung Medong/Lebrasau/Kampung Klid kelak.

 “Ini adalah pemantauan  projek pembinaan  Jalan Kampung Medong/Lebrasau/Kampung Klid dan ia dijangka siap pada 5 Oktober tahun 2022.

“Ia adalah penempatan kampung di kawasan Daerah Dalat atau N.56 Dalat yang terakhir yang akan dihubungi dengan jalan raya. Kampung Klid adalah satu-satunya kampung Melanau yang belum diakses  jalan raya,” ujarnya.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak menambah, projek yang  menelan  kos RM44,400,369 dan sepanjang 11.5 kilometer berkenaan bermula dengan pengambilan tanah pada 6 April 2020.

“Kontraktornya ialah Avos(Malaysia) Sdn Bhd, dengan Jabatan Keraja Raya Sarawak sebagai agensi pelaksanaan,” ujarnya kepada pihak media semasa melawat projek terbabit di sini semalam.

Pada  masa yang sama, beliau mendedahkan bahawa perjalanan atau progress projek ada sedikit kelewatan

“Namun daripada segi kemajuan projek, ada sedikit kelewatan dengan krisis Covid-19 sabagai penyebab utama, pihak kontraktor telah berjanji untuk melaksanakannya  dalam tiga bulan ini dan mengikut jadual yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata ia adalah projek yang sangat didambakan oleh peduduk di penempatan Kampung Melanau yang paling hujung di Batang Oya itu.

“Penduduk di kampung ini sangat mengharapkannya kerana sehingga setakat ini Kampung Klid hanya boleh dihubungi melalui sungat Batang Oya atau melalui air. Selain penempatan penduduk,  di sana  juga ada sebuah sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan Klid/Pelajau,” ujar Fatimah.

Tambahnya lagi, ia bukan  hanya memberi keceriaan kepada penduduk di kampung tersebut dan malah keseluruhan penduduk di kawasan Daerah Dalat.

“Ia sedemikian kerana Jalan raya itu kelak bukan hanya memudahkan penduduk  Klid untuk ke Pekan Dalat dan malah untuk warga daerah ini kerana  penduduk asal dari beberapa kampung di kawasan kita ada bertugas di sana terutama  sebagai guru dan staf sokongan di SK Klid/Pelajau,” katanya lagi.

Justeru beliau menyatakan terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Open yang meluluskannya.

“Ini adalah merupakan projek rakyat dan kita harus berterima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sarawak kerana meluluskan projek yang sangat penting bagi penduduk di Kampung Klid dan penduduk Dalat, amnya,” tambahnya lagi.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: UBAH NASIB GELANDANGAN
Next: Vaksinasi anggota bomba perlu dipercepat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.