

SIBU: Majlis berbuka puasa anjuran Penjara Pusat Sibu (PPS) berlangsung meriah di Dewan Kakitangan PPS.
Kehadiran Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Yahir Sait dan Pengarah PPS, Mohd Rusli Abd Rahman menyerikan lagi majlis berkenaan.
Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada Pusat Tahfiz Darul Uloom Islamiyyah Sibu dan diteruskan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Abdul Qohar Malakalu Ismail.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan berbuka puasa bersama-sama kakitangan serta ahli keluarga yang hadir.
Penganjuran majlis tersebut bertujuan mempereratkan hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan serta menghargai usaha dan komitmen mereka sepanjang Ramadan.
OLEH AKUN GIMAN