Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Bengkel Teknik Menjawab UP-DLP lonjak prestasi murid Tahun 6
  • PENDIDIKAN

Bengkel Teknik Menjawab UP-DLP lonjak prestasi murid Tahun 6

Utusan Sarawak 1 month ago
POSTER Program pecutan akhir Bengkel Teknik Menjawab Ujian Penilaian Program Dwibahasa (UP-DLP) Tahun 6 yang melibatkan 10 sekolah rendah di Daerah Subis dan Bintulu akan berlangsung esok.

BEKENU: Program pecutan akhir Bengkel Teknik Menjawab Ujian Penilaian Program Dwibahasa (UP-DLP) Tahun 6 yang melibatkan 10 sekolah rendah di Daerah Subis dan Bintulu akan berlangsung esok.

Ketua Biro Pendidikan dan Latihan Persatuan Bugis Sarawak, Rahman Bidin berkata, Program Pecutan Akhir Bengkel Teknik Menjawab ini merupakan inisiatif Persatuan Bugis Sarawak sebagai satu program cuti sekolah.

Katanya, program akan diadakan di Dewan Masjid Nurul Yaqin, Kampung Muhibah, Ladang 3 di sini yang bermula dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

Program itu memberi fokus kepada teknik menjawab soalan Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi calon UP-DLP yang bakal menduduki peperiksaan utama.

Tema program ini ‘Pendidikan Merubah Destinasi Anak Bangsa’, program ini menjadi platform penting dalam usaha sekolah-sekolah sekitar Daerah Subis dan Bintulu untuk melahirkan generasi murid yang lebih cemerlang dan berdaya saing.

Antara 10 sekolah yang menyertai bengkel ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Lavang, STRITI Bintulu, SK Che Mong Batu Niah, SK Lamaus Ulu Niah, SK Kelapa Sawit No 4, SK Kelapa Sawit No 5, SK Bekenu, SK Beliau Isa, SK Kampung Bakam dan SK Batu Telingai.

Penganjuran bengkel ini dijangka memberi impak positif kepada persediaan murid menghadapi peperiksaan di samping memupuk budaya pembelajaran pintar dan pengurusan masa yang lebih berkesan.

Oleh Adum Liu

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Insentif Pendidikan DUN Nangka terus diberi secara inklusif
Next: SMK Merbau tampilkan suasana pembelajaran kepada murid Tahun 6

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.