SMK Merbau tampilkan suasana pembelajaran kepada murid Tahun 6

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
MERIAH… Program Jangkaun SMK Merbau lancar dan berjaya menghimpunkan ibu bapa serta murid Tahun 6 dari sekolah rendah sekitar Miri bagi memberi pendedahan awal tentang suasana pembelajaran di sekolah berkenaan, semalam.

MIRI: Program Jangkauan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau berjaya menghimpunkan ibu bapa dan murid Tahun 6 dari sekolah rendah sekitarnya bagi memberi pendedahan awal tentang suasana pembelajaran di sekolah menengah, semalam.

Menurut kenyataan SMK Merbau, sepanjang program para peserta diberi peluang melawat fasiliti sekolah, mengenali budaya pembelajaran serta merasai sendiri persekitaran kondusif yang ditawarkan di SMK Merbau.

MERIAH… Program Jangkaun SMK Merbau lancar dan berjaya menghimpunkan ibu bapa serta murid Tahun 6 dari sekolah rendah sekitar Miri bagi memberi pendedahan awal tentang suasana pembelajaran di sekolah berkenaan, semalam.

“Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara sekolah dengan komuniti malah membuka ruang kepada ibu bapa dan murid untuk mendapatkan maklumat jelas tentang persediaan melangkah ke Tingkatan 1.

“Penganjuran program seperti ini diharapkan dapat menjadikan SMK Merbau sebagai salah satu pilihan utama dalam kalangan murid untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah,” katanya.

MERIAH… Program Jangkaun SMK Merbau lancar dan berjaya menghimpunkan ibu bapa serta murid Tahun 6 dari sekolah rendah sekitar Miri bagi memberi pendedahan awal tentang suasana pembelajaran di sekolah berkenaan, semalam.

Pihak sekolah turut merakamkan penghargaan kepada semua ibu bapa dan murid yang hadir serta memberi sokongan terhadap usaha memperkukuh jalinan sekolah dan komuniti.

Oleh Adum Liu

Pendidikan STEM lahirkan generasi masa depan

MARUDI: Selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM), pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) memainkan peranan penting dalam membangunkan