Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Belut sumber rezekiku
  • STAIL

Belut sumber rezekiku

Utusan Sarawak 2 months ago
PENANGKAP belut, Muhammad Amirul Hafiz Zulkifly, 25, menunjukkan belut yang telah masuk ke dalam perangkap. Foto BERNAMA

BUKAN sekali dua ‘disapa’ ular berbisa termasuk tedung senduk dan tedung selar, namun Amirul Hafiz Zulkifly tidak serik untuk kembali ke kawasan paya dan sawah padi di sekitar Kampung Tersusun Teluk Memali, Pasir Salak bagi memburu belut.

Lebih 10 tahun bergelumang dengan lumpur di situ, Amirul Hafiz, 25, sudah alah bisa tegal biasa dengan reptilia berkenaan masuk ke dalam perangkap belut yang dipasangnya, belum lagi diambil kira yang menyusur belukar.

PERANGKAP khas yang dihasilkan sendiri menggunakan paip polivinil klorida (PVC) sepanjang satu meter. Foto BERNAMA

“Mula-mula dulu rasa takut juga sebab kerap kali ular masuk perangkap, tetapi lama-kelamaan saya sudah lali. Saya cuma lebih berhati-hati, baik ketika mengharung lumpur ataupun semasa mengangkat perangkap kerana silap langkah boleh mengundang maut,” katanya.

Mesra dipanggil Meoi, anak muda itu berkata kegiatan tersebut merupakan sumber pendapatan sampingan yang lumayan, terutama ketika Ogos hingga Februari apabila populasi belut, atau nama saintifiknya Monopterus javanensis, meningkat dengan banyak.

“Saya buat sendiri perangkap menggunakan batang paip PVC sepanjang satu meter. Buat masa ini saya ada 50 unit yang saya akan turun pasang setiap hari sekitar 7 malam dan akan kembali pada 8.00 pagi esok untuk lihat hasil,” kongsinya.

MUHAMMAD Amirul memasukkan umpan anak ikan ke dalam perangkap khas. Foto BERNAMA

Muhammad Amirul berkata dia mampu meraih pendapatan sekitar RM50 hingga RM200 sehari bergantung pada hasil tangkapan.

“Antara sebab saya suka lakukan aktiviti ini kerana permintaan serta harganya yang agak tinggi di pasaran iaitu sekitar RM18 hingga RM20 sekilogram.

“Selain itu, daging belut ini disukai oleh pelbagai golongan kerana isinya yang lebih lembut dan enak berbanding ayam. Ada juga yang makan kerana percaya belut mampu mengubati penyakit asma,” katanya.

Melihat belut berpotensi menjana pendapatan lumayan, anak muda ini berhasrat menjalankan kegiatan menternak belut suatu hari nanti.

“Memang jadi cita-cita dan impian untuk ada pusat ternakan sendiri satu masa nanti. Buat masa ini saya masih dalam proses pembelajaran berkenaan cara-cara menternak belut ini,” katanya yang sedar impiannya itu bukan mudah untuk direalisasikan kerana memerlukan modal besar.

MUHAMMAD Amirul menunjukkan belut yang ditangkap. Foto BERNAMA

“Berdasarkan apa yang saya pelajari, tempoh matang belut sekitar lapan bulan, jadi bukan satu tempoh yang singkat. Namun saya yakin, jika saya dapat usahakannya dengan baik saya mampu hasilkan belut berkualiti tinggi untuk penuhi permintaan,” tegasnya. – Bernama

Tags: STAIL

Continue Reading

Previous: Juadah sahur ‘Nasi 4 Jejaka’
Next: Jendela terakhir Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.