Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Belum boleh ‘sparring’
  • SUKAN

Belum boleh ‘sparring’

Utusan Sarawak 5 years ago
KETUA JURULATIH…Ahmad Fairuz.

KETUA Jurulatih Skuad Bola Sepak Sukma Sarawak, Ahmad Fairuz Mohd. Yunus memberitahu, pasukannya belum lagi dibenar untuk mengadakan sebarang perlawanan persahabatan.

Ia berikutan Bandaraya Kuching yang masih berastatus ‘kuning’ untuk kes jangkitan  wabak pandemik Covid-19 ketika ini.

“Kita tidak dibenar untuk mengadakan sebarang perlawanan persahabatan ketika ini kerana Bandaraya Kuching masih lagi berstatus ‘merah’.

“Apa pun, para pemain kini masih berlatih seperti biasa mengikut jadual asal,” ujar Ahmad Fairuz ketika mengulas mengenai perkara itu semalam.

Menurut Ahmad Fairuz, pihaknya menerima arahan daripada badan induk iaitu Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) agar tidak mengadakan sebarang perlawanan persahabatan untuk tempoh ini.

Katanya, situasi persekitaran di bandaraya ini (Kuching) masih belum selamat dan jalan terbaik ialah harus mengenepikan keinginan untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Skuad gabungan pemain dari beberapa pasukan, Piala Presiden, Piala Belia dan Piala Presiden Kuching FA mula menjalani latihan penuh 1 Julai lalu.

Dengan fokus diberi penekanan oleh Ahmad Fairus terhadap kecergasan selain membentuk kembali persefahaman kalangan pemain yang ada.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Bekas pengurus SU IV meninggal dunia
Next: Penentu ‘The City Boys’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.