

OPERASI PEMADAMAN… Operasi pemadaman kebakaran belukar dijalankan oleh anggota bomba. Foto BBP Sarikei
SARIKEI: Kebakaran belukar seluas setengah hektar berlaku berhampiran Jambatan Kampung Seberang, Sarikei pada petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.21 petang.
“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Kilok Lampas bergegas ke lokasi kebakaran.
“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran belukar berkeluasan setengah hektar telah berlaku,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, komander operasi membuat pemeriksaan dan seterusnya mengarahkan anggota bomba menggunakan tiga pemukul api (fire beater) untuk memadamkan kebakaran.
“Operasi pemadaman kebakaran belukar terkawal pada 5.00 petang. Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi selesai pada 5.25 petang,” katanya.
Oleh Earl Anek