Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Belian asing masuki minggu kelima
  • BISNES

Belian asing masuki minggu kelima

Utusan Sarawak 4 years ago
“NAMUN begitu, pelabur asing tidak terganggu dengan pengumuman itu dan terus menjadi pembeli bersih di pasaran tempatan.” – MIDF Research

KUALA LUMPUR: Pembelian ekuiti tempatan oleh dana asing berlanjutan untuk minggu kelima berturut-turut dengan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM67.94 juta pada minggu dagangan singkat berikutan cuti umum sambutan perayaan Deepavali pada Khamis, berbanding RM1.44 juta pada minggu sebelumnya, kata MIDF Research.

Dalam Laporan Strategi yang dikeluarkan semalam, firma penyelidikan itu berkata, semasa pasaran dibuka untuk urus niaga pada Isnin lepas, institusi dan peruncit tempatan adalah penjual bersih dan pembeli bersih dengan masing-masing mencatatkan -RM329.7 juta dan RM314.30 juta.

Sementara itu, pelabur asing adalah pembeli bersih dengan nilai RM14.97 juta walaupun sentimen berubah menjadi negatif berikutan pengumuman “Cukai Makmur” sekali gus.

Aliran masuk asing terbesar dicatatkan pada Jumaat dengan aliran keluar paling banyak dicatatkan pada Rabu masing-masing berjumlah RM87.07 juta dan -RM94.20 juta.

“Peruncit adalah pembeli bersih hampir setiap hari untuk minggu berkenaan. Belian bersih terbesar oleh peruncit dicatatkan pada Isnin dan paling sedikit ialah pada Selasa, masing-masing berjumlah RM314.30 juta dan RM32.22 juta.

“Untuk minggu berkenaan, belian bersih ekuiti oleh peruncit di Bursa Malaysia bernilai RM469.34 juta,” katanya.

Sementara itu, institusi tempatan merekodkan jualan bersih mingguan terkumpul sebanyak – RM536.82 juta.

Institusi tempatan adalah penjual bersih untuk tiga daripada empat hari minggu dagangan dengan jualan bersih terbesar pada hari Isnin berjumlah -RM329.70 juta, manakala aliran keluar bersih paling sedikit ialah pada Selasa berjumlah -RM92.06 juta.

Sejak awal tahun 2021, MIDF Research berkata, secara kumulatif, peruncit merupakan satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti tempatan dengan nilai RM11.17 bilion.

Institusi tempatan dan pelabur asing adalah penjual bersih masing-masing -RM9.06 bilion dan -RM2.11 bilion ekuiti.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit, institusi tempatan dan pelabur asing merekodkan pergerakan mingguan masing-masing -22.04 peratus, -10.17 peratus dan 11.25 peratus, dalam purata nilai dagangan harian (ADTV).

Dalam pada itu di Asia, pelabur asing menjadi penjual bersih minggu lalu selepas hanya seminggu sebelum pembelian bersih, katanya.

Berdasarkan pada data agregat sementara untuk tujuh bursa Asia yang ia jejaki, aliran keluar bersih daripada pelabur yang diklasifikasikan sebagai ‘asing’ berada pada nilai ekuiti kira-kira -US$2.59 bilion.

Ini terutamanya didorong oleh aliran keluar dari India dan Korea Selatan.

“Secara kumulatif, pasaran menyaksikan jualan bersih terbesar pada hari Jumaat yang berjumlah -AS$1.13 bilion.

“Aliran keluar bersih dipacu terutamanya oleh Korea (-US$246.9 juta aliran keluar bersih) dan Taiwan (-US$323.7 juta aliran keluar bersih),” kata MIDF Research.

— Bernama

Continue Reading

Previous: Cenergi RE, Sime Darby jalin kerjasama selenggara genset
Next: Tidak jejas FDI – Tengku Zafrul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.