Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institut TVET di bawah kementerian
  • SEMASA

Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institut TVET di bawah kementerian

Utusan Sarawak 8 months ago
TIMBALAN Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (tiga, kanan) dan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang (dua, kiri) bergambar bersama peserta pertandingan WorldSkills (WSC) 2024 sempena lawatan di Eurexpo di Lyon, Perancis. Kedua-dua timbalan menteri turut bertemu sebahagian peserta yang menyertai WSC 2024 dan memberikan kata-kata semangat buat mereka. WSC 2024 bermula 10 sehingga 15 Sept ini menghimpunkan 1,400 pesaing dari lebih 70 negara dan wilayah, untuk bersaing dalam 62 kategori kemahiran. Malaysia mengambil bahagian dalam 14 daripada kategori ini, termasuk Integrasi Sistem Robot, Penyelesaian Perisian IT untuk Perniagaan, Teknologi Kenderaan Berat dan Pembinaan Digital. FotoBERNAMA

LYON (Perancis): Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menumpukan agenda memperkasakan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, perkara berkenaan telah dibawa untuk perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

“Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong sendiri telah bawa (agenda perkasa TVET di bawah KESUMA) kepada Menteri Kewangan. TVET jadi agenda penting kepada kami,” katanya ketika ditemui pada pertandingan WorldSkills (WSC 2024), semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.

Beliau berkata, KESUMA mempunyai 32 institusi TVET iaitu institut latihan perindustrian (ILP) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) yang memerlukan peruntukan untuk penambahbaikan.

“Sudah pasti kami perlu lebih banyak bajet untuk TVET itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, Rubiah berkata usaha kerajaan yang memfokuskan pembangunan TVET akan melahirkan lebih ramai modal insan berkemahiran tinggi untuk negara.

“Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ada 1,735 pusat institusi TVET, kita sudah pasti dapat lahir ramai lagi modal insan berkemahiran,” katanya.

Pada 8 Jun lepas, Perdana Menteri berkata kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM200 juta bagi memperkasakan dan meningkatkan penyertaan belia menceburi bidang TVET. 

Belanjawan 2025 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Okt ini bertemakan “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MA63: Sebanyak 11 tuntutan berjaya diselesaikan – TPM
Next: Sarawak tuntut autonomi ke atas sumbernya sendiri, bukan anti-persekutuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.