Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Belanjawan 2025: Karim harap dana untuk pelancongan, belia dan industri kreatif meningkat
  • SEMASA

Belanjawan 2025: Karim harap dana untuk pelancongan, belia dan industri kreatif meningkat

Utusan Sarawak 7 months ago

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media Borneo Jazz Festival (BJF) di Bangunan Baitulmakmur II, di Petra Jaya hari ini. 

PETRA JAYA: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengharapkan agar dana untuk membangunkan sektor berkaitan kementerian ini meningkat dalam Belanjawan 2025 akan datang. 

Beliau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan itu berkata, ini kerana, pembangunan belia dan sektor seperti pelancongan, industri kreatif dan budaya adalah satu tonggak penting dalam kehidupan masyarakat.

“Kita tidak dapat hidup tanpa muzik, kita tidak dapat hidup tanpa menjaga budaya kita, jadi saya harap jumlah dana yang diperuntukkan untuk sektor-sektor ini nanti adalah mencukupi. 

“Bagaimanapun, sekiranya ini adalah Belanjawan Sarawak, saya pasti perkara ini akan dijaga,”katanya. 

Beliau berkata demikian ketika sidang media Borneo Jazz Festival (BJF) di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, mengulas mengenai jumlah kemasukan pelancong ke Sarawak, Abdul Karim menyatakan bahawa beliau yakin sasaran empat juta kemasukan pelancong akan tercapai pada penghujung bulan ini. 

Katanya, ini kerana kemasukan pelancong setakat Ogos lalu sudah mencecah 3.3 juta, malah beliau juga menyatakan bahawa untuk mencapai lima juta kemasukan pelancong asing adalah tidak mustahil. 

“Memandangkan banyak acara seperti BJF, Regatta Sarawak, Festival Bot Naga Antarabangsa dan banyak lagi bakal tiba tidak lama lagi, dengan ini kita berpotensi untuk mencapai lima juta pelancong. 

“Setakat Ogos sahaja kita sudah mencapai 3.3 juta pelancong dan ia meningkat pada September (jumlah belum didedahkan) ,”katanya. 

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Pengambilan Khas Guru Sarawak: Roland Sagah kecewa SPP buka untuk seluruh negara
Next: Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bermula di Laos sebelum Sidang Kemuncak ke-44, ke-45

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.