Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Belajar berniaga di internet bersama Amirul Hafiz
  • STAIL

Belajar berniaga di internet bersama Amirul Hafiz

Utusan Sarawak 4 years ago
BERI PENERANGAN…Amirul Hafiz mengajar usahawan teknik terkini cara menjana pendapatan secara online.

KETIKA musim pandemikCovid-19ramai yang terkesan kerana tidak dapat berniaga kerana terpaksa duduk di rumah sahaja.

Menyedari akan hakikat ini Majlis Amanah Rakyat (MARA) Sarawak telah melantik Amirul Hafiz iaitu eUsahawan Certified Trainer Sarawak yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam perniagaan internet untuk mengajar usahawan teknik terkini cara menjana pendapatan secara atas talian.

Yang menariknya kursus ini diadakansecara online. Para peserta belajar melalui aplikasi zoom dari keselesaan rumah masing-masing. Peserta dari seluruh Sarawak dapat belajar serentak bersama-sama dalam satu masa.

Pada kursus yang dianjurkan oleh MARA Sarawak yang lalu peserta diberi peluang untuk menerokai sendiri teknik yang diajarkanolehAmirul Hafiz bagi meningkatkan lagi jualan produk mereka di internet.

Rata-rata peserta gembira kerana sesi pembelajaran yang santai, kelas yang fleksible ini memudahkan peserta faham modul yang diajar.

Kelas secara ‘online’

Ini bagi memberi peluang kepada peserta dari jauh luar bandar khasnya mengikuti kursus yang ditawarkan.

Amirul Hafiz menekankan kepada peserta untuk menghasilkan sesuatu yang baru iaitu mencipta dari tiada menjadi ada dengan praktikal iaitu menconteng, menulis, melakar, melukis, membuat video, bercakap dan buat LIVE.

Ini semua perkara pentingdalampemasaranbagimemberitahu orang ramaiakankewujudanperniagaankita.

Peserta juga akan mempelajari teknik pemasaran yang moden dan menarik.  Antara yang dipelajari ialah :

Search Engine Optimization (SEO)

Copywriting

Design semudah ABC

Facebook for business

Instagram for business

Youtube for business

QR Code for business

Whatsapp Marketing

Google Trends & Google Keyword

Hasil pembelajaran

Hasil pembelajaran peserta akan menguasai teknik pemasaran di 4 platform pemasaran digital iaitu di Google, Facebook, Instagram dan YouTube.

Para peserta akan mahir teknik bagaimana memasarkan produk atau servis mereka di plafrom pemasaran digital dengan cara terkini.

Kursus yang dianjurkandiharapkan agar mampu menyemarakkan lagi pembangunan modal insan untuk manfaat masyarakat di bandar dan luar bandar di Sarawak.

Terdapat pelbagai produk luar bandar yang berpotensi tinggi untuk dipasarkan secara online.

Ini terbukti benar dan bukan cakapkosong, ketika kelas yang diadakan Amirul Hafiz ada beberapa peserta baharu beberapa minit ‘listing’produk madu kelulut keluaran beliau, terus dapat pelanggan.

Ketika perniagaan di norma baharu ini pelajar jugaakandidedahkan bagaimana memanipulasi QR code untuk bisnes mereka. Iaitubagaimana dengan QR code pelanggan boleh terus dibawa untuk mengisi butiran, menyimpan data pelanggan dan membawa pelanggan ke laman web atau facebook malah boleh terus telefon dengan cuma scan QR Code.

Amirul Hafiz yang turut menawarkan khidmat konsultansi kepada yang ingin meningkatkan ‘awareness’terhadap perniagaan mereka sekaligus meningkatkan jumlah jualan mereka.

Untuk maklumat lanjut boleh add beliau di facebook www.facebook.com/amirulhafizboss

Continue Reading

Previous: Suri rumah terokai penanaman cendawan
Next: Covid-19 dari sudut pandang pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.