Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Bekas wartawan TV3 Nas Ahmad meninggal dunia
  • HIBURAN

Bekas wartawan TV3 Nas Ahmad meninggal dunia

Utusan Sarawak 3 weeks ago
NAS Ahmad.

KUALA LUMPUR: Bekas penerbit dan wartawan Melodi Md Nasir Ahmad atau lebih dikenali Nas Ahmad, meninggal dunia pada usia 63 tahun, kira-kira 9.49 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh.

Berita pemergian Nas Ahmad itu dimaklumkan oleh menantunya Farhana Nazlin Mohamad ketika dihubungi Bernama.

Farhana berkata bapa mentuanya telah dibawa ke hospital tengah malam tadi selepas mengalami masalah pernafasan.

“Kami panggil ambulans untuk membawanya ke zon merah di Hospital Sungai Buloh.

“Namun, pagi tadi ketika dalam perjalanan ke hospital, kami terima panggilan yang memaklumkan bapa mentua saya sudah tiada,” katanya.

Menurut Farhana, Allahyarham menghidap penyakit jantung sejak beberapa tahun lepas dan pernah dimasukkan ke hospital selama lebih tiga minggu ketika Aidilfitri sebelum dibenarkan keluar kira-kira seminggu lepas.

Jenazah akan dibawa ke Surau As-Sahabah, Seksyen 7, Kota Damansara untuk dimandikan dan disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara sebelum solat asar.

Nas Ahmad meninggalkan seorang isteri Norhayati Ahmad, tiga anak dan dua cucu.

Sebelum ini, bagi meringankan bebannya, Allahyarham pernah menerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA selain turut mendapat perhatian daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan sumbangan menerusi setiausaha politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi pada Mac lepas.

Tabung Kasih@HAWANA diwujudkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 sebagai inisiatif Kementerian Komunikasi yang dilaksanakan melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Halim Othman hidupkan nostalgia 90-an dalam filem Keluang Man
Next: Bella Astillah & Ade Govinda bersatu dalam ‘Lebih Indah Berpisah’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.