Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Bella Astillah & Ade Govinda bersatu dalam ‘Lebih Indah Berpisah’
  • HIBURAN

Bella Astillah & Ade Govinda bersatu dalam ‘Lebih Indah Berpisah’

Utusan Sarawak 3 weeks ago
FOTO Universal Music Malaysia

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon popular Bella Astillah tampil dengan single terbaharu berjudul Lebih Indah Berpisah, hasil kolaborasi dengan komposer terkenal dari Indonesia, Ade Govinda.

Bella berkata lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ade itu, mengangkat tema keberanian melepaskan cinta yang tidak lagi dihargai demi membuka lembaran hidup lebih bermakna.

“Ia mengisahkan seseorang yang berani berpisah apabila cintanya tidak lagi dihargai, mesejnya jelas bahawa perpisahan bukan kegagalan, sebaliknya satu langkah berani menuju kehidupan lebih indah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universal Music Malaysia hari ini.

Pemilihan judul lagu tersebut juga dibuat secara sepakat bersama-sama komposer itu bagi menonjolkan sisi positif perpisahan, dengan perkataan “indah” dipilih sebagai teras utama.

Beliau menyifatkan pengalaman bekerjasama dengan Ade serta pasukannya sebagai satu kenangan yang sangat berharga dan tidak dapat dilupakan serta berharap lagu itu diterima baik di Malaysia dan Indonesia.

“Mereka sangat menghormati masa, bakat dan orang lain tanpa memandang siapa kita, selain, mereka layan semua orang dengan penuh hormat serta profesionalisme. Sewaktu proses rakaman, suasana di studio sangat positif dan penuh sokongan. Ini menjadikan pengalaman rakaman bebas tekanan,” katanya.

Lagu Lebih Indah Berpisah boleh didengar di semua platform digital, manakala video muzik rasminya dapat ditonton di YouTube. — Bernama

Continue Reading

Previous: Bekas wartawan TV3 Nas Ahmad meninggal dunia
Next: Rakyat Malaysia bangga menara Merdeka 118 dalam Thunderbolts

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.