Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Bekas petugas ASNB dari Kanowit didakwa pecah amanah lebih RM263,000
  • MAHKAMAH

Bekas petugas ASNB dari Kanowit didakwa pecah amanah lebih RM263,000

Utusan Sarawak 4 months ago
 MAHKAMAH membenarkan tertuduh dibebas dengan ikat jamin RM10,000 berserta dua penjamin, Mahkamah menetapkan kes disebut semula di Mahkamah Sesyen pada 23 Januari ini untuk diambil pengakuan.

SIBU: Seorang bekas petugas Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Cawangan Sibu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang saham milik pelanggan berjumlah RM263,296.12.

Bagaimanapun, setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Romario Jonoi, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Alina Tommy, 32, dari Kanowit.

Mahkamah, bagaimanapun, membenarkan tertuduh dibebas dengan ikat jamin RM10,000 berserta dua penjamin, dan menetapkan kes disebut semula di Mahkamah Sesyen pada 23 Januari ini untuk diambil pengakuan.

Berdasarkan pertuduhan, Alina didakwa melakukan perbuatan itu yang melibatkan wang pelabur antara 2020 hingga Mac 2024.

Berdasarkan kes, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Amirul Hakim Mohamad Zamri, manakala tertuduh diwakili peguam Yap Hoi Liong.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki curi kabel dipenjara 18 bulan
Next: CEO stesen penyiaran bersama seorang wanita ditahan reman, disyaki terlibat pengubahan wang haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.