Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Bekas jururawat didakwa tipu wanita tawar bayi sebagai anak angkat
  • MAHKAMAH

Bekas jururawat didakwa tipu wanita tawar bayi sebagai anak angkat

Utusan Sarawak 5 months ago
BEKAS jururawat Mahirah Mohd Yusof, 40, (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menipu seorang wanita dengan menawarkan bayi untuk dijadikan sebagai anak angkat. Mahirah didakwa memperdayakan N. Jay Letchumy Naidu, 38, dengan menawarkan bayi untuk dijadikan anak angkat hingga mangsa menyerahkan wang secara berperingkat berjumlah RM15,950 kepada tertuduh di sebuah premis di Kepong Baru, Sentul di sini antara 20 Januari dan 7 Jun lepas. Majistret Aina Azahra Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Feb depan untuk sebutan kes. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang bekas jururawat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang wanita dengan menawarkan bayi untuk dijadikan sebagai anak angkat.

Mahirah Mohd Yusof, 40, didakwa memperdayakan N. Jay Letchumy Naidu, 38, dengan menawarkan bayi untuk dijadikan anak angkat hingga mangsa menyerahkan wang secara berperingkat berjumlah RM15,950 kepada tertuduh di sebuah premis di Kepong Baru, Sentul di sini antara 20 Januari dan 7 Jun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun hingga maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh mencadangkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Faris Ezani yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan mempunyai tanggungan empat orang anak selain menghidap penyakit diabetes dan anemia. 

Majistret Aina Azahra Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Februari depan untuk sebutan kes. 

Peguam Reenajit Kaur Golen hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak mangsa. – Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Pemuda dipenjara gagal bayar hukuman denda bantu hapuskan harta curi
Next: Reman suspek kes bunuh dilanjut 7 hari lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.