Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bekas guru rugi RM82,000 tawaran buka kedai Tiktok palsu
  • JENAYAH

Bekas guru rugi RM82,000 tawaran buka kedai Tiktok palsu

Utusan Sarawak 3 weeks ago

JERTIH: Seorang bekas guru mengalami kerugian hingga RM82,600 setelah menjadi mangsa penipuan melalui aplikasi laman sosial Facebook berhubung tawaran membuka kedai di aplikasi TikTok atau TikTok Shop sejak 27 April lepas.

Ketua Polis Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu berkata lelaki warga emas berusia 67 tahun itu diperdaya bagi tujuan membuka perniagaan secara dalam talian.

“Mangsa yang berminat dengan tawaran itu diminta menghantar salinan MyKad dan sekeping gambar swafoto untuk pendaftaran akaun.

“Setelah TikTok Shop mangsa kononnya diwujudkan, dia dikehendaki memasukkan modal permulaan bagi kedai dalam talian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azamuddin berkata mangsa kemudian memasukkan modal permulaan sebelum menerima sedikit pulangan.

“Mangsa yang semakin yakin telah memasukkan modal seterusnya iaitu sebanyak 13 kali transaksi ke tujuh akaun bank berbeza yang diberikan suspek berjumlah keseluruhan RM82,600,” katanya.

Beliau berkata setelah melakukan transaksi terakhir pada Ahad lepas, mangsa mula mengesyaki dirinya ditipu apabila suspek terus meminta tambahan modal.

“TikTok Shop berkenaan juga dipercayai palsu kerana dikatakan menggunakan mata wang USD dan walaupun selalu menerima kemasukan pesanan dalam sistem namun tiada sebarang pembayaran dibuat.

“Mangsa telah membuat laporan semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki dipenjara seumur hidup edar 32kg dadah
Next: Polis Marudi tumpas dua pengedar, rampas syabu bernilai RM6,600 di Long Lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.