
SUNGAI SIPUT, Sept 10 -- An unemployed Mohd Rozaimy Amer, 30, (third, right) was charged in the Magistrates Court today with the murder of a friend. Magistrate Norhabsarina Ayob set Nov 9 for mention pending the chemist and post mortem reports. -- fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED SUNGAI SIPUT, 10 Sept -- Penganggur Mohd Rozaimy Amer, 30, (tiga, kanan) didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh seorang rakan. Majistret Norhabsarina Ayob menetapkan 9 November ini untuk sebutan kes sementara menunggu laporan ahli kimia dan bedah siasat. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SUNGAI SIPUT: Seorang bekas banduan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh, awal bulan ini.
Tertuduh Mohd Rozaimy Amer, 30, mengangguk faham selepas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob.
Penganggur itu dituduh membunuh Muhammad Izar Mohommad Anuar, 22, di hadapan rumah beralamat No 9338 Lot 10 Kg. Jalong di sini pada kira-kira 1.30 tengah hari pada 1 September lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jean Siow Chung Hwei manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Norhabsarina kemudian menetapkan 9 November hadapan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.
Beberapa media sebelum ini melaporkan Mohammad Izar meninggal dunia dua hari selepas dimasukkan ke hospital akibat cedera parah dipukul dengan sebatang kayu kira-kira satu meter dalam satu pergaduhan.
Tertuduh yang sebelum ini mempunyai lapan rekod jenayah lampau dilaporkan baru sahaja dibebaskan dari hukuman penjara selama 10 bulan di Penjara Tapah. – Bernama