Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bekalkan tenaga seberangi Laut China Selatan
  • TEMPATAN

Bekalkan tenaga seberangi Laut China Selatan

Utusan Sarawak 4 years ago
KETUA Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merakam kenangan bersama tetamu kehormat selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Pengecualian Kawal Selia LPG di Wisma Bapa Malaysia,Kuching, semalam. •Foto UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak dalam perancangan untuk membekalkan tenaga menyeberangi Laut China Selatan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pada masa ini Kerajaan Sarawak baharu sahaja menandatangani perjanjian untuk membekalkan tenaga ke Sabah.

“Seperti yang anda ketahui, kita mempunyai tenaga bekalan ke Kalimantan seterusnya tentunya kita berunding dengan negara Brunei Darussalam yang juga memerlukan pembantu kita.

“Mungkin satu hari nanti, kita akan menyeberangi Lautan China Selatan, saya tidak mahu menyebutnya sekarang tetapi ini adalah sumber tenaga yang kita ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan surat pengecualian selian Gas Petroleum Cecair (LPG) negeri Sarawak dan kebenaran SEDC Energy Sdn Bhd menjadi syarikat minyak baharu di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Abang Johari berkata, Kementerian Utiliti melalui Sarawak Energy Berhad sedang meneroka untuk Kerajaan Sarawak untuk mengewangkan empangan hidroelektrik di negeri ini.

“Ini bermaksud, bekalan tenaga dari tenaga hidro melalui turbin. Keduanya kita juga dapatkan bekalan tenaga melalui sola terapung di empangan ini.

“Singapura juga melakukan perkara yang sama di kawasan penampakannya, tetapi empangan Bakun kita sebesar Singapura. Jadi kita dapat mengapungkan panel solar di sana untuk membekalkan tenaga.

“Yang ketiganya ialah hidrogen dari air dengan kata lain kita dapat membekalkan tiga sumber tenaga yang akan menjadi sebahagian sumber untuk kita mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan ekonomi,” katanya.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: SEDC ENERGY BANTU JANA PENDAPATAN SARAWAK
Next: Ngo Dayak Miri wujudkan ‘Food Bank’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.