Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bekalan ikan tangkapan laut masih mencukupi
  • NASIONAL

Bekalan ikan tangkapan laut masih mencukupi

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menunjukkan pukat ikan susu yang ditangkap ketika mengadakan lawatan kerja ke Projek Ternakan Ikan Susu di Syarikat Usaha Fadzilat Sdn Bhd di Batu Lintang hari ini. Foto Bernama

SUNGAI PETANI: Bekalan ikan negara masih mencukupi dan berada pada tahap terkawal walaupun pengusaha bot nelayan laut dalam berdepan peningkatan kos operasi susulan kenaikan harga diesel.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata setakat ini bekalan ikan di pasaran masih ada, namun kerajaan bersiap siaga menghadapi kemungkinan pengurangan hasil tangkapan laut pada masa hadapan.

IKAN susu melompat keluar daripada kepungan pukat yang ditahan oleh para pekerja Syarikat Usaha Fadzilat Sdn Bhd ketika lawatan kerja Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ke Projek Ternakan Ikan Susu di Batu Lintang hari ini. Foto Bernama

“Setakat ini, hasil tangkapan laut masih lagi macam biasa tetapi vesel C2 yang ke tengah laut menghadapi kenaikan harga diesel tanpa subsidi. Mungkin mereka akan kurang ke laut dan tangkapan mungkin agak terjejas tapi setakat ini ikan di pasaran masih ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek Ternakan Ikan Susu di Syarikat Usaha Fadzilat Sdn Bhd di Batu Lintang di sini hari ini.

Mohamad berkata kerajaan berharap sektor akuakultur dapat membantu menampung bekalan sekiranya berlaku kekurangan ikan tangkapan laut pada masa akan datang. 

Beliau berkata konflik berterusan di Asia Barat menimbulkan kebimbangan terhadap kenaikan harga minyak dunia yang boleh memberi kesan kepada industri perikanan negara.

“Kalau konflik itu berterusan, harga petrol dan diesel akan terus berada pada paras tinggi dan boleh memberi kesan kepada mereka yang terlibat dalam tangkapan ikan, khususnya di laut,” katanya.

IKAN susu melompat keluar daripada kepungan pukat yang ditahan oleh para pekerja Syarikat Usaha Fadzilat Sdn Bhd ketika lawatan kerja Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ke Projek Ternakan Ikan Susu di Batu Lintang hari ini.

Mohamad berkata kerajaan sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak untuk terlibat dalam industri akuakultur dan menyediakan pelbagai insentif serta subsidi bagi membantu pengusaha.

Sementara itu, beliau berkata projek ternakan ikan susu seluas lebih 80 hektar dengan 31 kolam syarikat itu mampu menghasilkan kira-kira 3,000 tan metrik ikan setahun dan dilihat berpotensi membantu memperkukuh aspek keterjaminan makanan negara.

“Soal keterjaminan makanan ini perlu kami ambil tindakan segera untuk menjamin masa depan yang lebih baik. Saya gembira melihat kejayaan syarikat ini, semoga angka itu dapat ditingkatkan lagi,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Perikanan juga akan meneliti kawasan bersesuaian yang mempunyai akses kepada air laut bagi memperluaskan aktiviti akuakultur di negara ini.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: LHDN galak pembayar cukai mohon e-invois bagi pelepasan cukai individu
Next: Tengku Hassanal sertai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.