Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bebas daripada Covid-19 tanggungjawab bersama
  • NASIONAL

Bebas daripada Covid-19 tanggungjawab bersama

Utusan Sarawak 5 years ago
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Rakyat diingatkan agar bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dalam memutuskan   rantaian Covid-19 pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini bagi memastikan negara bergerak ke arah bebas daripada   pandemik itu.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, fasa ini memerlukan usaha yang lebih jitu daripada seluruh rakyat Malaysia kerana disiplin diri amat penting bagi memastikan usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 sejak beberapa minggu lepas, bukanlah satu   yang sia-sia.

“Selagi vaksin yang berkesan belum ditemui untuk melawan wabak ini, kita perlu memantapkan disiplin diri untuk memerangi Covid-19.

“Saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) atau peraturan yang telah ditetapkan. Jangan lakukan aktiviti yang berada dalam senarai aktiviti dan sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKPB.

“Didik diri kita dan mereka di sekeliling untuk tingkatkan disiplin diri dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling,” katanya ketika menitipkan pesanan menerusi satu video yang disiarkan dalam laman Facebook Bernama TV semalam.

Video yang berdurasi kira-kira empat minit itu juga   disiarkan dalam   laman sesawang www.bernama.com, Bernama Radio FM 93.9, saluran Astro 502, unifi tv 631   dan myfreeview 121 sebagai mesej kepada rakyat dalam mematuhi PKPB.

Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, turut mengingatkan rakyat agar mengamalkan tindakan pencegahan sebagai normal baharu kehidupan seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia antaranya jarak   sosial, menjaga kebersihan diri dan memakai pelitup separuh muka di tempat awam.

“Disiplin diri anda. Ikuti saranan KKM dan pihak berkuasa. InsyaAllah, kita kekal selamat bersama,” katanya sambil memuji kecekalan rakyat dalam mengharungi tempoh   PKP sejak lebih tujuh minggu lepas   sehingga berjaya melandaikan lengkungan Covid19 setakat ini.

Muhyiddin mengakhiri video itu dengan memakai pelitup separuh muka   sambil menunjukkan isyarat bagus.

Dilapor pada 10 Mei lepas, kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh PKPB selama empat minggu lagi, iaitu sehingga 9 Jun, 2020   atas nasihat KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerana usaha memerangi Covid-19 masih belum berjaya sepenuhnya. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Kerajaan Kedah hilang majoriti
Next: Mukhriz: “Saya masih Menteri Besar”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.