Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • BDFA belum buat keputusan
  • SUKAN

BDFA belum buat keputusan

Utusan Sarawak 5 years ago
PRESIDEN BDFA…Kaunselor Abang Suhordie.

FAIZAL BUJANG

PERSATUAN Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) akan bermesyuarat bagi membincangkan status penganjuran Liga Betong 2020 dan Piala Datuk Amar Douglas Uggah Embas 2020.

Presiden BDFA, Kaunselar Abang Suhordie Abang Zaini memberitahu, mesyuarat khas berkenaan dijangka diadakan selepas sambutan Hari Gawai Dayak atau selewat-lewatnya berakhir Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 Jun depan.

“Setakat ini kita belum dapat memberi gambaran berhubung status penganjuran dua kejohanan berprestij itu.

“Apa yang pasti, satu mesyuarat khas akan diadakan selepas sambutan Hari Gawai Dayak kelak…atau selewat-lewatnya selepas berakhir PKPB,” ujar beliau ketika mengulas mengenai perkara itu semalam.

Menurut Abang Suhordie, sebagai mana diketahui masyarakat dibayangi kebimbangan penularan virus berbahaya (Covid-19) ketika ini.

Oleh yang demikian tambah beliau, biarlah situasi benar-benar selamat sebelum sebarang keputusan dapat dibuat kelak.

Katanya, ahli gabungan seluruh bahagian juga pastinya mengambil pendekatan sama dalam usaha memutus rantaian penularan virus berkenaan.

Continue Reading

Previous: Pemain Benfica, Tavares positif Covid-19
Next: Real Madrid kembali jalani latihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.