Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BDDA lulus RM38 juta bina jalan Senyawan ke Saratok
  • Tengah
  • WILAYAH

BDDA lulus RM38 juta bina jalan Senyawan ke Saratok

Utusan Sarawak 6 hours ago
MOHAMAD Duri merasmikan Pertandingan Bola Sepak Tujuh sebelah ‘Piala YB Haji Mohamad Duri’ anjuran Biro Sukan Rumah Ikom Senyawan Saratok, hari ini. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) telah meluluskan projek pembinaan jalan dari kawasan Senyawan menuju ke Saratok bernilai RM38 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata pembinaan jalan raya berkenaan akan memudahkan serta menerima manfaat penduduk sekitar kawasan Senyawan dan beberapa lagi perkampungan yang menggunakan laluan tersebut untuk menuju ke Pekan Saratok.

“Ia sekali gus dapat membantu meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi penduduk di kawasan tersebut menerusi penyediaan akses perhubungan jalan raya yang lebih baik, selamat dan selesa.

“Ini juga merupakan satu perkhabaran gembira buat penduduk sekitar Senyawan serta rumah-rumah panjang sepanjang laluan tersebut,” katanya semasa berucap merasmikan Pertandingan Bola Sepak Tujuh sebelah ‘Piala YB Haji Mohamad Duri’ anjuran Biro Sukan Rumah Ikom Senyawan Saratok, hari ini.

Mohamad Duri menjelaskan Rumah Ikom Senyawan tidak ketinggalan daripada menerima tempias pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan Sarawak.

“Kestabilan politik di Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membolehkan pembangunan dapat dilaksanakan dengan jayanya terutamanya di kawasan luar bandar. 

Beliau berkata ia dicapai kerana kestabilan politik di Sarawak di bawah kepimpinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada masa ini.

“Kestabilan politik yang ada di Sarawak ada hasil kesepakatan antara rakyat dan pemimpin di negeri ini. Kita tidak memerlukan orang luar untuk campur tangan dalam soal pembangunan kerana kerajaan Sarawak mempunyai acuannya untuk mentransformasikan Sarawak,” katanya.

Mengenai pertandingan itu, Mohamad Duri mengumumkan Pertandingan Bola Sepak Tujuh sebelah ‘Piala YB Haji Mohamad Duri’ akan dijadikan acara tahunan buat Rumah Senyawan bagi mencari bakat-bakat baharu untuk diketengahkan.

Pertandingan tersebut telah disertai sebanyak 24 buah pasukan antaranya ialah pasukan Skyline, Senyawan FC, Jamaco FC, Belia Krangan, D.R.K United, Sope FC, Thunder Strikers, Red Wing FT, R’NV FC, NGNP FC, KBC Krian, Hacker FT, Sungai Antu HFC, MRK City, Real Sebetan, Viva City, Three Cons Three, Pemuda Vip, Tabau Legacy, Civil Force, SDFT, LIDROS WFC, Legacy City A dan Legacy City B.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Komuniti Iban didorong kekalkan permainan tradisional untuk generasi muda
Next: Lawatan mesra Julina Johan ke pejabat Penerangan Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.