
MARUDI: Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Julina Johan Bersembang Santai sempena lawatan beliau ke pejabat Penerangan daerah Marudi, hari ini.
Dalam lawatan itu beliau serta rombongan disambut Pegawai Penerangan Daerah Marudi Siti Mariam Mahdar, Ketua Komuniti Madani Kampung Pemindahan Hajijah Haji Dollah dan wakil Komuniti Madani Rumah Jelaping Sungai Arang, Alexander Ngelai Engkot.
Dalam lawatan tersebut beliau beramah mesra dengan ahli-ahli Komunti Madani Kampung Pemindahan dan Rumah Jelaping Sungai Arang serta keluarga JAPEN Marudi.
Beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli Komunti Madani Marudi atas sokongan dan memberi kerjasama baik dan berjaya mendapatkan penglibatan aktif komuniti Madani dalam program-program anjuran JAPEN.
Dalam pada itu katanya beliau juga berkesempatan mengadakan pertemuan dengan 33 Pegawai Penerangan seluruh Sarawak termasuk Pengerusi JAPEN Sarawak.
Tambah beliau, ambil peluang ini untuk menyampaikan hasrat dan hala tuju pengurusan tertinggi Kementerian Komunikasi kepada seluruh pasukan JAPEN Sarawak agar pelaksanaan agenda-agenda yang telah ditetapkan dapat difahami semua.
Beliau berharap jalinan kerjasama antara semua Komuniti Madani Marudi diteruskan bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti JAPEN.
Turut hadir Pegarah Penerangan Sarawak, Helmy Hamid, Pengarah Penerangan (Pengurusan) Naim Fahmi Ahmad Tajuddin, Pegawai Kanan, ahli Komuniti Madani Kampung Pemindahan Marudi dan Komuniti Madani Rumah Jelaping Sungai Arang, Ketua Masyarakat Kampung Pemindahan (Bahagian Cina) Kapitan Jacqueline, Alexander Ngelai Engkot serta anggota JAPEN Sarawak.
Oleh Jiku Juguong