Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Sarikei anjur ceramah dan demonstrasi kebakaran di Hospital Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Sarikei anjur ceramah dan demonstrasi kebakaran di Hospital Sarikei

Utusan Sarawak 1 day ago
ANTARA PENGISIAN AKTIVITI…Antara pengisian aktiviti dijalankan sepanjang program di Hospital Sarikei, semalam. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Seramai 40 kakitangan Hospital Sarikei daripada pelbagai jabatan telah menyertai program ceramah pengungsian bangunan, ‘tabletop exercise’ dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api yang diadakan di hospital itu, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya diundang untuk mengadakan ceramah tersebut bagi meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan kebakaran dalam kalangan warga hospital.

“Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai prosedur pengungsian bangunan secara selamat serta latihan praktikal penggunaan alat pemadam api,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, ceramah tersebut merangkumi panduan menyelamatkan diri semasa kebakaran, laluan keluar yang selamat, peranan pasukan tindak balas kecemasan serta kepentingan latihan berkala.

“Program turut melibatkan sesi ‘tabletop exercise’, iaitu simulasi senario kebakaran yang melibatkan penyelarasan tindakan antara jabatan dan unit di hospital bagi menguji kefahaman serta respons peserta terhadap prosedur kecemasan.

Selain itu, demonstrasi penggunaan alat pemadam api jenis serbuk kering turut diadakan secara praktikal, di mana peserta diberi tunjuk ajar secara langsung tentang cara penggunaan yang betul dan selamat.

“Latihan seperti ini memberi peluang kepada peserta menilai tahap kesiapsiagaan serta tindak balas mereka dalam situasi kecemasan sebenar,” tambahnya.

Arrahman berkata, program itu berjaya mencapai objektif untuk meningkatkan pengetahuan dan memperkukuh kesiapsiagaan warga hospital terhadap sebarang kemungkinan insiden kebakaran.

“Kami berharap program sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi keselamatan bersama,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 19 buaya dikesan di hari pertama operasi pemindahan di Sungai Sarikei
Next: Hari Terbuka ARB Kuching perkukuh komitmen perkhidmatan pewarisan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.