Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Lutong laksana aktiviti keceriaan sempena program EKSA
  • Utara
  • WILAYAH

BBP Lutong laksana aktiviti keceriaan sempena program EKSA

Utusan Sarawak 2 days ago
SEMANGAT…Gambar sekitar kerja-kerja melukis arca atau monumen bertemakan ‘I ❤️Lutong’ oleh
Pasukan Bravo dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Miri.

MIRI: Pasukan Bravo dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong telah melaksanakan aktiviti keceriaan balai sebagai sebahagian daripada program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di balai berkenaan.

Aktiviti  itu melibatkan kerja-kerja melukis arca atau monumen bertemakan ‘I ❤️ Lutong’ di kawasan balai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah, berkata aktiviti berkenaan bertujuan menceriakan persekitaran balai di samping menggalakkan semangat berpasukan dalam kalangan anggota.

“Program itu merupakan sebahagian daripada usaha EKSA untuk menjadikan balai lebih mesra dan menarik kepada masyarakat.

“Selain untuk menarik ramai masyarakat datang ke BBP Lutong, saya bersama anggota ingin menceriakan balai kerana Balai Bomba dan Penyelamat Lutong adalah rumah kedua kami,” katanya semasa dihubungi.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Beberapa jalan sekitar Miri ditutup Ahad ini sempena Larian Separuh Maraton Amal Dynasty 2025
Next: Bomba gerak pantas selamatkan mangsa banjir di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.