Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor alih pokok tumbang di Jalan Skim B
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Bintangor alih pokok tumbang di Jalan Skim B

Utusan Sarawak 5 months ago
KHIDMAT KHAS… Anggota bomba menjalankan khidmat khas memotong pokok tumbang di Jalan Skim B. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Sebatang pokok tumbang dan menghalang laluan jalan di Jalan Skim B, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 9.07 malam.

“Respons terhadap panggilan kecemasan, komander operasi, Mijan Pamin bersama empat anggota bomba bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok tumbang menghalang laluan jalan penduduk setempat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, operasi dijalankan pasukan bomba dengan memotong pokok tumbang tersebut menggunakan mesin gergaji berantai dan parang.

“Selepas itu, kerja membersihkan kawasan pokok tumbang turut dilakukan.

“Khidmat khas memotong dan mengalihkan pokok tumbang selesai sepenuhnya dalam tempoh lebih kurang 11 minit,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lima NGO terima cek projek khas
Next: Bomba bantu angkat lelaki obesiti pitam di restoran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.