Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bazar Ramadan Marudi jana rezeki untuk peniaga
  • Utara
  • WILAYAH

Bazar Ramadan Marudi jana rezeki untuk peniaga

Utusan Sarawak 2 months ago
RAZIF bersama pekerjanya berpuas hati dengan sambutan pelanggan yang bertandang ke gerai mereka sepanjang Ramadan.

MARUDI: Bazar Ramadan adalah destinasi yang menjadi tumpuan setiap kali menjelangnya Ramadan, dengan pelbagai juadah dijual untuk berbuka puasa.

Sebut sahaja bazar Ramadan, pastinya ramai yang berkunjung tidak kira masyarakat Islam itu sendiri mahupun kaum lain turut bertandang untuk mendapatkan juadah istimewa.

Tinjauan Utusan Sarawak di Bazar Ramadan Marudi yang terletak berhampiran dengan sebuah pasar raya di sini tetap mendapat sambutan walaupun tidak semeriah bazar di kawasan lain.

DAPAT SAMBUTAN… Pelbagai pilihan masakan dan juadah untuk berbuka puasa.

Salah seorang peniaga yang sempat ditemui, Razif Mohd Yunus berkata setiap kali menjelang Ramadan, memberi rezeki kepadanya untuk mengaut sedikit keuntungan berbanding hari biasa.

Katanya, beliau menjual pelbagai masakan dan juadah lain dengan harga berpatutan.”

“Menu kuetiau kerang dan mi goreng udang laut merupakan menu yang mendapat sambut menggalakan daripada pelanggan yang bertandang ke gerai saya,” akui Razif.

Enggan memberitahu keuntungan sehari, Razif tetap berpuas hati dengan jualan pelbagai masakan di gerainya sejak hari pertama bazar Ramadan beroperasi sehingga kelmarin.
Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kekal aktif anjur aktiviti di masjid, surau
Next: Terus sokong UCA Sarikei sebagai platform bangunkan komuniti Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.