Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bazar Gawai Dayak Stutong 2025 hidupkan semangat ‘gawai’ di Aeroville Mall
  • TEMPATAN

Bazar Gawai Dayak Stutong 2025 hidupkan semangat ‘gawai’ di Aeroville Mall

Utusan Sarawak 2 days ago

PELBAGAI produk dan kraf tangan menjadi tarikan utama di Bazar Gawai Dayak Stutong 2025.

KUCHING: Bazar Gawai Dayak Stutong 2025 yang berlangsung di Aerowalk, Aeroville Mall sejak 3 Mei lalu terus meriah dengan pelbagai aktiviti menarik dan sambutan hangat pengunjung.

Dengan tema ‘Beserakup Segulai Sejalai Hari Gawai’, bazar anjuran Kelab Seni Budaya Anak Sarawak (KESERA) ini berlangsung sehingga 11 Mei 2025.

PELBAGAI pilihan tuak dan biskut khas untuk perayaan Gawai.

Antara tarikan utama termasuk gerai makanan tradisional, jualan produk dan kraf tangan, permainan tradisional, serta aktiviti rekreasi yang melibatkan masyarakat pelbagai lapisan umur.

Untuk aktiviti hari ini, acara diteruskan pada sebelah petang dengan Pertandingan Batak Lampung 5.00 petang, diikuti Malam Persembahan Bidayuh pada 7.00 malam.

Sepanjang penganjuran, pentas utama telah dimeriahkan oleh persembahan artis tempatan seperti Eyqa Saiful, Steve Shegan dan Veronica Natasha, dengan kemunculan Karen Libau dijadualkan pada malam penutupan 11 Mei nanti.
Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pegawai TH kunjungi Dato Sri Wahab
Next: JKMS agih RM51 juta kepada penduduk memerlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.