Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bayern hampir bersetuju harga Sane
  • SUKAN

Bayern hampir bersetuju harga Sane

Utusan Sarawak 5 years ago
BAYERN Munich hampir bersetuju dengan bayaran perpindahan dengan Manchester City untuk Leroy Sane. – Foto: AFP

BUNDESLIGA JERMAN

BAYERN Munich dan Manchester City dilaporkan hampir bersetuju mengenai bayaran perpindahan pemain sayap Jerman, Leroy Sane, menurut media Jerman semalam.

Majalah Kicker mendakwa City mahukan 50 juta Euro untuk Sane yang berusia 24 tahun, tetapi Bayern menawarkan 40 juta Euro.

Minggu lalu, majalah Sport Bild melaporkan bahawa Sane telah menyetujui dengan perpindahan ke Bayern dengan kontrak lima tahun.

Kicker mendakwa pemyandang juara Bundesliga, Bayern telah memutuskan perbincangan dengan penyerang RB Leipzig dari Jerman, Timo Werner, kerana mereka sudah hampir mencapai kesepakatan dengan Sane.

Sejak berpindah dari Schalke pada 2016 dengan harga yang dilaporkan bernilai sekitar 50 juta Euro, Sane telah memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris dua kali di bawah kendalian Pep Guardiola di City.

Namun, dia tidak bermain untuk pasukan pertama sejak mengalami kecederaan ligamen lutut dalam perlawanan Community Shield menentang Liverpool pada Ogos tahun lalu.

Kicker mendakwa City menginginkan 125 juta Euro untuk Sane sebelum mengalami kecederaan. – AFP

Continue Reading

Previous: FAS tunda kejohanan utama
Next: Liga Sri Aman turut ditunda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.