Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bawa pulang lebih air zamzam boleh undang masalah kepada jemaah
  • SEMASA

Bawa pulang lebih air zamzam boleh undang masalah kepada jemaah

Utusan Sarawak 3 hours ago
OPERASI City Check-In (CCI) dilaksanakan Tabung Haji (TH) dengan kerjasama syarikat penerbangan bertujuan memudahkan urusan pulang jemaah apabila bagasi boleh didaftarkan 48 jam sebelum penerbangan. Tindakan membawa pulang air zamzam dalam kuantiti yang banyak untuk dijadikan buah tangan boleh mengundang masalah apabila bagasi jemaah ditahan atau dibuka pihak berkuasa Arab Saudi untuk pemeriksaan. Foto BERNAMA

MAKKAH: Tindakan membawa pulang air zamzam dalam kuantiti yang banyak untuk dijadikan buah tangan boleh mengundang masalah apabila bagasi jemaah ditahan atau dibuka pihak berkuasa Arab Saudi untuk pemeriksaan.

Timbalan Pengarah Operasi Pengendalian Jemaah Haji Mohd Ridzuan Yusoff berkata walaupun  diberikan peringatan setiap tahun, masih terdapat segelintir jemaah yang cuba membawa pulang air zamzam dengan menyembunyikannya di dalam bagasi.

Beliau berkata tindakan itu bukan sahaja melanggar peraturan syarikat penerbangan dan pihak berkuasa Arab Saudi, bahkan boleh mengakibatkan bagasi terbabit ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

“Ada yang beranggapan air zamzam boleh disorok dengan membungkusnya menggunakan pelbagai bahan, namun apabila bagasi melalui proses saringan, kandungannya tetap dapat dikesan.

“Apabila perkara itu berlaku, bagasi akan dibuka oleh pihak berkuasa untuk pemeriksaan, dan barangan di dalamnya mungkin tidak dapat disusun semula seperti keadaan asal,” katanya kepada pemberita ketika melaksanakan operasi City Check-In (CCI), di sini hari ini.

Mohd Ridzuan berkata lebih membimbangkan, terdapat risiko barangan peribadi jemaah tercicir atau rosak semasa proses pemeriksaan sekiranya bagasi terpaksa dibuka.

Beliau menasihati jemaah agar sentiasa mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dan tidak mengambil risiko hanya kerana mahu membawa pulang lebih banyak air zamzam.

Pada perkembangan yang sama, beliau berkata operasi CCI yang dilaksanakan Tabung Haji (TH) dengan kerjasama syarikat penerbangan bertujuan memudahkan urusan pulang jemaah apabila bagasi boleh didaftarkan 48 jam sebelum penerbangan.

Beliau berkata melalui kemudahan itu jemaah tidak perlu lagi membawa beg besar ke lapangan terbang kerana bagasi akan diuruskan lebih awal di bangunan penginapan masing-masing.

“Jemaah hanya perlu membawa diri dan barangan keperluan yang dibenarkan ketika bergerak ke lapangan terbang nanti. Ini sekali gus mengurangkan beban mereka selepas selesai menunaikan ibadah haji,” katanya.

Mohd Ridzuan turut menegaskan had maksimum bagasi yang dibenarkan ialah 30 kilogram bagi setiap jemaah walaupun mereka dibenarkan membawa dua beg.

“Sebagai contoh, satu beg 12 kilogram dan satu lagi 18 kilogram, jumlahnya tidak boleh melebihi 30 kilogram,” katanya sambil menambah operasi CCI yang diperkenalkan sejak 2013 itu kini menjadi antara inisiatif utama TH dalam meningkatkan keselesaan perjalanan jemaah haji Malaysia. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Dari rumah panjang ke pentas dunia: Annah Rais semarakkan Gawai
Next: Biodiesel B15 perkukuh keselamatan bekalan diesel negara ketika krisis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.