Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bawa individu tanpa permit haji boleh didenda, dipenjara – Kementerian
  • GLOBAL

Bawa individu tanpa permit haji boleh didenda, dipenjara – Kementerian

Utusan Sarawak 7 hours ago

RIYADH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menegaskan bahawa rakyat dan penduduk negara itu yang didapati membawa individu tanpa permit haji boleh dikenakan denda sehingga 50,000 riyal Saudi, penjara sehingga enam bulan serta kenderaan disita atas perintah mahkamah.

Kementerian itu memaklumkan bahawa pesalah ekspatriat akan dihantar pulang selepas menjalani hukuman dan dilarang memasuki semula Arab Saudi bagi tempoh yang ditetapkan undang-undang, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kementerian menegaskan bahawa permit haji yang sah diperlukan untuk menunaikan ibadah haji.

Sehubungan itu, kementerian menggesa semua pihak mematuhi peraturan bagi musim haji 1447H dan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan serta keamanan jemaah, selain memberi amaran bahawa pelanggaran peraturan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Orang ramai turut diminta melaporkan sebarang pelanggaran peraturan kepada pihak berkuasa. – Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Kebakaran hutan di Poland terus marak selepas juruterbang pesawat pemadam api terkorban
Next: Mahkamah rayuan Korea Selatan kurang hukuman bekas PM Han kepada 15 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.