Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bavaria, Jerman jadi model pembangunan Sarawak – Abang Johari 
  • SEMASA

Bavaria, Jerman jadi model pembangunan Sarawak – Abang Johari 

Utusan Sarawak 7 months ago

KAPIT: Sarawak mahu menjadikan Bavaria di Jerman sebagai model pembangunan negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ke arah itu Sarawak kini giat melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan tenaga baharu.

“Saya ambil model di negara Jerman. Mereka juga negara persekutuan tetapi mempunyai ekonomi yang kuat.

“Di sana ada kawasan bernama Bavaria. Ini akan menjadi inspirasi kita untuk membangun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Komuniti Masyarakat Kapit bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Suarah Kapit di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, Sarawak yang kini beralih kepada pelbagai inisiatif tenaga baharu bukan hanya mampu mengerakkan pembangunan negeri malah Malaysia keseluruhannya sebagai negara yang mempunyai kelebihan dari segi tenaga.

“Oleh itu, saya sering menjelaskan, kalau Sarawak maju, Malaysia juga maju,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit yang baharu sebelum menyantuni rakyat di Rumah Robert di Nanga Sebatu.-EDISI UKAS

Continue Reading

Previous: ‘Anang Malaysia baka tebu, manis dipun tabar di hujung’ kini masih manis – Abang Johari
Next: Abang Johari mahu satu pertiga kerusi Parlimen dari Sarawak, Sabah dikembalikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.