Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bau disasar destinasi pelancongan budaya sempena TMM2026, terima RM400,000 dana MOTAC
  • TEMPATAN

Bau disasar destinasi pelancongan budaya sempena TMM2026, terima RM400,000 dana MOTAC

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Sri Tiong King Sing menyempurnakan perasmian Pesta Kebudayaan dan Pelancongan Bau 2026 di Pusat Redeems Bau, semalam. Foto JAPEN 

BAU: Bau dilihat berpotensi besar untuk diketengahkan sebagai antara destinasi pelancongan budaya utama negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) menerusi kekuatan warisan sejarah, identiti masyarakat Bidayuh dan keunikan kehidupan komuniti setempat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, kawasan itu memiliki nilai tersendiri kerana bukan sahaja kaya dengan sejarah perlombongan emas, malah masih mengekalkan budaya dan adat resam masyarakat yang terus diamalkan hingga hari ini.

Beliau menjelaskan, kelebihan tersebut menjadikan Bau mempunyai daya tarikan yang selari dengan kehendak pelancong masa kini yang lebih cenderung mencari pengalaman sebenar dan dekat dengan kehidupan masyarakat tempatan.

DATO Sri Tiong King Sing berucap pada perasmian Pesta Kebudayaan dan Pelancongan Bau 2026 di Pusat Redeems Bau, semalam. Foto JAPEN 

“Pelancong hari ini bukan sekadar mahu melihat tempat menarik, tetapi mahu memahami budaya, melihat sendiri kehidupan masyarakat dan merasai pengalaman di sesuatu kawasan.

“Bau mempunyai kekuatan itu dan perlu terus diperkembangkan supaya mampu menjadi produk pelancongan budaya yang lebih kukuh pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikinan ketika merasmikan Pesta Kebudayaan dan Pelancongan Bau 2026 di Pusat Redeems Bau, semalam.

“Budaya bukan sekadar dipersembahkan melalui pakaian tradisional atau persembahan pentas, sebaliknya menjadi asas kepada hubungan harmoni antara masyarakat pelbagai kaum,” tambahnya.

Dalam pada itu, Tiong memaklumkan Tourism Malaysia akan membantu mempromosikan Pesta Kebudayaan dan Pelancongan Bau sebagai salah satu produk pelancongan berpotensi untuk jangka panjang termasuk melalui kalendar Tahun Melawat Malaysia 2026.

PAMERAN kraf pada Pesta Kebudayaan dan Pelancongan Bau 2026 di Pusat Redeems Bau, semalam. Foto JAPEN 

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menyokong penganjuran festival tersebut.

Beliau berkata, semua pihak juga perlu membuat persediaan rapi termasuk dari segi kebersihan, kemudahan awam dan layanan kepada pelawat bagi memastikan pengalaman pelancong di kawasan itu sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Kalau kita mahu kawasan ini terus berkembang, kita mesti sentiasa bersedia dan tidak menunggu saat akhir apabila pelancong sudah mula datang,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata pembangunan kawasan juga perlu bergerak seiring dengan perpaduan masyarakat agar segala pelaksanaan projek dan inisiatif dapat memberi manfaat secara menyeluruh kepada penduduk setempat.

Continue Reading

Previous: Ik Pahon kekal Presiden DBNA tanpa bertanding
Next: Datuk Awang Bujang terima surat penghargaan selepas hampir dua dekad bersama PBB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.