Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Batik etnik Dayak jadi pilihan tema tahun ini
  • TEMPATAN

Batik etnik Dayak jadi pilihan tema tahun ini

Utusan Sarawak 2 years ago

PENYERAHAN TUGAS... Datuk Gerawat Gala secara simbolik menyerahkan tugas penganjuran sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri 2023 kepada Datuk John Sikie Tayai (dua, kanan) dan disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan lain-lain, sebentar tadi.

  • Gawai Dayak Peringkat Negeri 2023

KUCHING: Baju batik bermotifkan suku kaum atau etnik Dayak atau pakaian tradisi kaum Iban antara yang dicadangkan sebagai tema pakaian untuk sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri yang akan diadakan pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Premier, Datuk John Sikie Tayai, yang dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa untuk menganjurkan acara tersebut berkata, acara itu akan diadakan sama ada pada 17 atau 24 Jun.

John berkata sedemikian pada acara simbolik penyerahan tugas penganjuran sambutan Gawai tahun ini daripada pengerusi acara tersebut pada tahun lepas yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier, Datuk Gerawat Gala.

“Kami juga memilih dua tempat untuk menganjurkannya iaitu di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching atau Dinner World Restaurant di Bintulu. 

“Tetapi kami akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi untuk memutuskan tarikh, tempat dan lain-lain.

“Kami juga telah mencadangkan tiga acara utama.

“Ia adalah makan malam itu sendiri, perarakan tradisional ‘Niti Ruai’ dan perarakan Ratu cantik ‘Keling dan Kumang Gawai’. 

“Kami akan menjemput Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri untuk menjadi tetamu kehormat kami,” katanya. 

Simbolik penyerahan tugas pengajuran turut disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, sebentar tadi.

Untuk rekod, sambutan Gawai Dayak peringkat negeri pada tahun lepas dianjurkan oleh masyarakat Orang Ulu.

Oleh SHAHRUL QAIZAT 

Continue Reading

Previous: Kecederaan melecur keutamaan 23 hospital di Sarawak
Next: Keseimbangan perwakilan, meritokrasi  dalam pengambilan penjawat awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.