Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Batang Sadong berpotensi sebagai ekopelancongan
  • TEMPATAN

Batang Sadong berpotensi sebagai ekopelancongan

Utusan Sarawak 5 years ago
MENELITI… Dato’ Sri Nancy Shukri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris meneliti produk kraf hasil tangan ahli Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kampung Kepayang, Simunjan semalam.

SIMUNJAN: Lebih banyak tempat pelancongan dapat dibangunkan di kawasan Parlimen Batang Sadong, kata Ahli Parlimennya, Dato’ Sri Nancy Shukri.

Beliau berkata kawasan tersebut boleh dibangunkan dengan menggunakan peruntukan daripada kerajaan dan apabila dibangunkan kelak ia akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

“Walaupun ia adalah tanah persendirian, kita akan bantu untuk memajukannya jika penduduk memohon untuk membangunkannya menjadi kawasan pelancongan.

“Di kawasan itu kelak mungkin boleh dibangunkan menjadi tempat untuk beriadah dan berkelah berbayar dan penduduknya boleh melakukan aktiviti perniagaan dengan menjual buah-buahan tempatan.

“Ini adalah bertujuan menggalakkan masyarakat kampung menjana pendapatan dan memberi nilai kewangan kepada produk kraftangan hasil penduduk sendiri,” ujar Nancy yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa melawat kawasan di Sg. Rian, Kampung Kepayang, di sini semalam.

Katanya, bagi mencapai hasrat itu, wakil rakyat sendiri termasuk orang kampung perlulah bersatu.

“Kita perlu ada penyatuan dalam memajukan kawasan di bawah kawasan Parlimen Batang Sadong dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong.

“Oleh itu, saya meminta Jawatankuasa Pembangunan Perkelahan Sg. Rian, Kepayang, Simunjan yang disertai empat Tuai Rumah, mengemukakan keperluan pembangunan pelancongan seni dan budaya bagi membantu merancakkan sektor ekopelancongan.

“Begitu juga dengan hasil tangan kraf yang unik dengan ciri-ciri seni budaya masyarakat Iban oleh Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) yang boleh diangkat sebagai produk pelancongan,” kata Nancy.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Penguang zahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak
Next: Toh Puan Ragad prihatin golongan asnaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.