
ASAJAYA: Program Karnival Sukan Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia telah berlangsung meriah di Dewan Kampung Tambirat hari ini dengan penyertaan lebih daripada 50 penduduk setempat.
Antara aktiviti menarik yang dianjurkan termasuk pertandingan basikal berhias, zumba kemerdekaan, larian Jalur Gemilang dan pelbagai jenis sukan rakyat.

Pada waktu malam, acara diteruskan dengan pertandingan karaoke lagu-lagu patriotik yang menyemarakkan lagi semangat nasionalisme dalam kalangan peserta dan penonton.
Program ini bertujuan bukan sahaja untuk menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan, malah mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk.

Melalui program ini, penduduk Kampung Tambirat bukan sahaja dapat menyelami semangat Hari Kebangsaan malah dididik mengenai pentingnya mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam negara.
-UKAS